Tuesday 10 July 2012

Mengambil Kesempatan

Assalammualaikum, pagi ni saya nak bercerita mengenai mengambil kesempatan.. Apabila ada orang yang menghulurkan bantuan ikhlas kepada kita tatkala kita dalam kesusahan, sudah semestinya kita akan menghargai pertolongan mereka.. Tak salah kita membantu sesama kita yang dalam kesusahan, kan ? Yang menjadi persoalannya adalah apabila yang di bantu acapkali meminta bantuan ke atas yang membantu, sekali dua x mengapalah tapi kalau dah sentiasa meminta di bantu tidakkah itu di panggil mengambil kesempatan ? Pernahkah, yang mengambil kesempatan itu berfikir adakah wajar tindakan yang mereka lakukan itu ? Terlintaskah di hati mereka untuk merenung sejauh mana kemampuan si pembantu ? Adakah wujud dalam diri mereka perasaan timbang rasa sebelum mereka meminta bantuan dari si pembantu ? Janganlah kita suka mengambil kesempatan terhadap insan yang lemah, fikirkanlah hati dan perasaan mereka.. Mereka juga punya hak untuk bergembira..

Monday 9 July 2012

Salam Ukhwah

Assalammualaikum,

Buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya menulis dalam blog yang baru saya create ni.. Baru-baru belajarla katakan.. Perasaan tatkala saya menaip ni bercampur-baur, pertama syukur sebab di izinkan olehNya untuk menulis.. kedua gementar sebab first time menulis.. ketiga seronok sebab ada tempat untuk meluahkan segala yang kita nak.. keempat banyak benda yang bermain di fikiran sampaikan x tahu nak taip yang mana dulu.. Terlebih excited kot.. :-) Apa-apa pun salam perkenalan kepada semua yang terlibat dalam dunia blogger ni, harapan saya saya boleh dapat banyak manfaat dari aktiviti yang baru saya ceburi ni.. Sekian, dulu.. Babai..